Bapa Emma Maembong Cedera Ditetak Perompak

Bapa Emma Maembong Cedera Ditetak Perompak

ayah ema

Satu berita mengejutkan berlaku semalam ke atas bapa kepada pelakon popular Emma Maembong.

Pihak polis sedang memburu dua lelaki yang dipercayai menyamun bapa kepada pelakon Emma Maembong, Ismael Maembong di bangunan Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) petang semalam.

Dua orang suspek yang menaiki sebuah motosikal masuk ke kawasan bangunan GAPENA di Jalan Bukit Petaling, di sini, sebelum menyamun bapa Emma yang ketika itu sedang berkarya. Antara barangan Ismail yang dilaporkan dirompak ialah komputer riba, dompet dan telefon bimbit.

Polis memberitahu melalui siasatan awal dan kenyataan saksi, kedua-dua suspek terbabit berkulit gelap dan mereka mula masuk ke dalam kawasan berkenaan sekitar jam 5.15 petang.

Ini komen Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Habibi Majinji

“Setakat ini pihak polis sedang berusaha mendapatkan maklumat penuh daripada mangsa sendiri yang masih menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) disebabkan kecederaan yang dialaminya.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan samun serta mendatangkan kecederaan,”

“Kita meminta mereka yang melihat kelibat suspek mencurigakan sekitar kawasan berkenaan termasuk kawasan sekitar bangunan Dewan Bahasa Pustaka (DBP) untuk menyalurkan maklumat,”

Bapa Emma Maembong mengalami kecederaan dibahagian kepala dan tangan dipercayai akibat ditetak. Semoga keluarga Emma maembong tabah mengahdapi dugaan ini. -PENMERAHDOTCOM

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...