Harga Huawei Watch2 dan Watch2 Classic Di Malaysia

Sending
User Review
5 (1 vote)

Harga Huawei Watch2 dan Watch2 Classic

Harga Huawei Watch2 dan Watch2 Classic Di Malaysia – Huawei melancarkan dua telefon dandua jam pintar pada Kongres Mudah Alih Sedunia (MWC) 2017 di Barcelona, Sepanyol. Model telefon dilancarkan adalah P10 dan P10 Plus manakala jam pula Watch2 dan Watch2 Classic.

Seperti didedahkan Tech Kingdom sebelum ini, P10 datang dengan skrin 5.1 HD penuh berbanding P10 Plus yang bersaiz 5.5 inci.

Kedua-duanya menggunakan Leica Dual Camera 2.0 20MP monokrom serta 12MP RGB yang lengkap dis sensor di samping penstabil imej optikal.

Harga Huawei Watch2 dan Watch2 Classic Di Malaysia

Selain itu, ia menggunakan pemprosesan Kirin 960 yang menjadikan telefon kekal laju walaupun sudah 18 bulan menggunakannya.

Malaysia antara negara pertama menerima semua produk ini yang akan dibawakan pada pertengahan Mac ini.

P10 berharga €649 (RM3,043) untuk RAM 4GB dan storan 64GB. P10 Plus pula berharga €699 (RM3,277) untuk RAM 4GB dan 64GB atau €799 (RM3,746) bagi RAM 6GB serta storan 128GB.

Jam pintar Huawei Watch2 dan Watch2 Classic pula berharga €379 (RM1,777) dan €399 (RM1,871). – myMetro

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...