Inilah 10 Ciri Lelaki Yang Tidak Boleh Dijadikan Suami Oleh Wanita Menurut Islam.. No 7 Tuh Ramai Lelaki Suka Buat !!

Inilah 10 Ciri Lelaki Yang Tidak Boleh Dijadikan Suami Oleh Wanita Menurut Islam.. No 7 Tuh Ramai Lelaki Suka Buat !!



1. Lelaki yang berani meninggalkan solat
Orang yang berani meninggalkan sholat, berarti telah berani mengkhianati Allah, apalagi amanah manusia. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Perjanjian kami dengan mereka adalah sholat. Orang yang meninggalkannya, berarti dia telah kafir.” (HR. At-Tirmidzi)1

Bagaimana engkau dapat mempercayai suami yang tidak memenuhi syarat pertama yang diterapkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Jika datang kepadamu orang yang kau sukai agamanya…”, padahal sholat adalah tiang agama.

2. Lelaki yang gemar melakukan dosa besar
Misalnya, mabuk, berzina dan berjudi. Hidup bersama suami seperti ini sama dengan hidup di dalam neraka. Semoga mereka bertaubat kepada Allah, agar Dia mengampuni mereka.

3. Dayyuts
Dayyuts adalah lelaki yang tidak memiliki rasa cemburu kepada isteri, dan membiarkan anak-isterinya terjerumus dalam maksiat. Dengan dalih kemajuan zaman, peradaban moden, dan perkembangan dunia, dia melarang isterinya berjilbab kerana hal ini dianggapnya kuno dan membolehkan isterinya berbual mesra bersama kawan-kawan lelaki, dan berketawa dengan laki-laki lain.

4. Anak mama (manja)
Lelaki yang manja bukanlah laki-laki sejati. Dia tidak akan mampu mengambil keputusan secara mandiri tanpa merujuk kepada ibunya.

5. Lelaki yang sangat jauh lebih tua
Engkau berusia 20 tahun, dia 60 tahun. Untuk apa? Harta? Kerana dia memenuhi nafsumu untuk memiliki gaun-gaun indah dan perhiasan? Namun, ada satu pekara yang tidak kau pertimbangkan, bahawa pada usia itu, nafsu seksualmu sedang membara, sedangkan nafsunya hampir padam. Bagaimana mengatasi masalah ini, wahai gadis muslimah?

6. Lelaki yang sombong dan senang membanggakan diri
Orang yang memiliki mentalitas seperti ini tidak mengenal perasaan cinta. Dia hanya mencintai diri sendiri. Jika dia menikah, dia tidak menikah kerana cinta, tapi kerana nafsunya menginginkan wanita itu.

7. Workaholic (gila kerja)
Orang yang gila kerja hanya mengenal kerja. Dia akan terus-menerus bekerja tanpa lelah dan bosan, demi kekayaan, status sosial yang tinggi, atau penghormatan orang lain. Baginya, pernikahan hanyalah pelengkap status sosial. Isteri tak ubahnya seperti perkakas rumah tangga. Jika dia perlu, dia memakainya dengan perasaan yang dingin. Banyak wanita yang terhormat dan suci yang merasakan masalah seksual dan emosional kerana diabaikan suami yang hanya memberikannya harta dan makanan yang lezat.

8. Menderhaka kepada orang tua
Lekaki yang seperti ini sebenarnya menderita sakit dan harus segera disembuhkan. Dia harus tahu, bahawa orang lain akan bersikap kepada dirinya sebagaimana dia bersikap kepada orang lain. Jika dia tidak berbakti kepada orang tua, tidak menuruti perintah mereka, padahal mereka memiliki hak untuk dipatuhi, apakah dia berharap isterinya akan berbakti dan menuruti perintahnya semata-mata kerana dia punya hak untuk itu?

9. Lelaki Yang Lembut
Orang ini tidak dapat disebut sebagai lelaki, kerana sifat-sifatnya bukan sifat lelaki; gaya, kata-kata, gerakan, dan pikirannya lebih menyerupai wanita. Dia tidak dapat diandalkan dalam kehidupan dan tidak memiliki kesiapan untuk memikul tanggung jawab. Sayangnya, lelaki seperti ini sangat banyak di zaman sekarang. Semoga Allah tidak memperbanyak jumlah mereka lagi.

10. Lelaki yang kedekut
Kedekut adalah penyakit yang susah disembuhkan. orang yang kedekut tidak dapat menyenangkan dirinya ataupun orang lain kecuali setelah dia mati. Kerana ini, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang kita bersifat kedekut, belia bersabda,

وَاتَّقُوا الشُّحَّ فَإِنَّ الشُّحَّ أَهْلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ حَمَلَهُمْ عَلَى أَنْ سَفَكُوا دِمَاءَهُمْ وَاسْتَحَلُّوا مَحَارِمَهُمْ

“…Dan hindarilah sifat kedekut, kerana kedekut telah menghancurkan orang-orang sebelum kamu, membuat mereka saling bunuh dan melanggar kehormatan orang lain.” (HR. Muslim).(muslimah).

Search Terms:

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...