Inilah Cara Mandi Wajib Yang Betul

Powered by WP Review

cara mandi wajibInilah Cara Mandi Wajib Yang Betul

Soalan:

Bagaimanakah cara utk saya mandi wajib dengan sempurna. Sering timbul kerisauan dalam hati saya takut-takut solat saya tak diterima kerana mandi wajib saya tak sah. Mohon ustaz jelaskan.

Jawapan:
Mandi wajib yang sempurna terbahagi kepada dua bahagian iaitu yang wajib dan yang sunat.

Inilah Cara Mandi Wajib Yang Betul

Bahagian yang wajib

Niat
Berlaku ketika mula membasuh tubuh dengan lintasan dalam hati. Disunatkan untuk dilafaz pada lidah bahkan ia lebih afdhal.
Perkataan seperti, sahaja aku mandi wajib, atau sahaja aku mangangkat janabah, atau sahaja aku mandi wajib dan sebagainya.

Membasuh dan meratakan seluruh badan yang zahir termasuk kulit dan rambut sehingga ke bahagian dalam rambut dan pangkalnya ketika mandi. Pastikan juga dicelah celah lipatan peha dan kemaluan, dubur, lubang pusat dan lain-lainnya.
Daripada Jabir r.a, dia telah ditanya tentang mandi, lalu dijawab:

Inilah Cara Mandi Wajib Yang Betul

“Nabi s.a.w mengambil tiga cebuk air dengan dua telapak tangannya kemudian baginda mencurahkannya di atas kepalanya kemudian ke seluruh jasadnya” (muslim)

Daripada Ali bin Abi Talib r.a., Rasulullah S.A.W bersabda:

“Sesiapa yang meninggalkan satu tempat sehelai rambut (yang tidak suci) disebabkan janabah di mana air tidak mengenainya, maka Allah akan melakukan demikian demikian dengannya daripada api neraka”. (Abu Daud)

Bahagian sunat
Perkara yang sunat dilakukan ketika mandi.

Inilah Cara Mandi Wajib Yang Betul

Membasuh kedua tangan diluar daripada bekas air. Kemudian membasuh kemaluannya dengan tangan kiri dan segala kotoran di badannya. Selepas itu membersihkan tubuh dengan pembersih atau penggosok. (Muslim 254 & AlBukhari 317)
Diawali dengan berwudhuk yang sempurna. Boleh juga dilewatkan membasuh kaki di akhir mandi. (AlBukhari 246)
Menyelati rambut kepala dengan air kemudian barulah membasuh kepala tiga kali. (AlBukhari 246)
Membasuh anggota kanan dahulu. (AlBukhari 166, Muslim 268)
Menggosok gosok seluruh tubuh dan berturut turut (muwalat) dalam membersihkan anggota.
Bersungguh sungguh membasuh bahagian lipatan pada tubuh seperti ketiak, telinga dalam pusat dan lain lain. Sekiranya dia yakin bahawa air tak dapat sampai ke tempat tersebut melainkan dengan berbuat demikian, maka perbuatan tersebut menjadi wajib.
Membasuh sebanyak tiga kali sebagai qias kepada wudhuk.

Ruj: Feqh Manhaji Kitab Fekah Mazhab Syafie.

Wallahu a’lam
Jafri Abu Bakar Mahmoodi

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...