Jenis Lafaz Niat Puasa Sunat

Powered by WP Review

Kelebihan Dan Jenis Lafaz Niat Puasa Sunat

Kelebihan Dan Jenis Lafaz Niat Puasa SunatBerpuasa sunat adalah amalan yang banyak keistimewaannya malah puasasunat sangat dituntut dalam Islam dan dilaksanakan kerana Allah, untuk mengharapkan keredaan, keampunan serta mendekatkan diri kepada-Nya

Untuk makluman, Puasa sunat boleh dilakukan pada bila-bila masa jika seseorang itu berkemampuan kecuali pada hari diharamkan atau makruh untuk berpuasa

Kelebihan Dan Jenis Lafaz Niat Puasa Sunat

Dalam majlis ilmu yang dihadiri, penulis dapat menggariskan beberapa kelebihan puasasunat antaranya seperti berikut

Kelebihan Puasa Sunat
Tanda bersyukur kepada Allah atas rezeki serta kurniaan nikmat yang diberikan kepada hamba-Nya. Berpuasajuga membantu memelihara kesihatan jasmani dan rohani
Berpuasa juga dapat mendidik nafsu amarah supaya berubah menjadi nafsu lawwamah, seterusnya meningkatkan kepada nafsu mutmainnah iaitu nafsu yang tenang tenteram
Puasajuga akan menyucikan diri daripada sifat mazmumah seperti tamak, sombong, hasad dengki dan sebagainya. Apabila seseorang itu berpuasaia akan membersihkan jiwa yang kotor dan secara tidak langsung merasa rendah diri terhadap orang lain
Di samping itu, ia juga melatih dan mendidik jiwa dengan sifat belas kasihan terhadap orang lain yang hidup susah atau menderita. Dengan ini, kita akan merasai penderitaan hidup mereka yang kurang bernasib baik dan merasai keadaan hidup serba kekurangan
Puasa sunat dapat membantu kita memperoleh kecerdasan akal dan fikiran
Kesimpulan
Ibadat puasabukan saja menggandakan pahala untuk orang yang taat melakukannya tetapi ia menambah kekuatan spiritual melalui sifat ikhlas
Amalan puasaadalah antara manusia dengan Allah SWT. Dengan ini puasamenanam sifat jujur dan ikhlas dalam diri sendiri dan kepada Allah
Puasasunat sangat dituntut bertujuan untuk menampung ibadah fardu. Puasasunat adalah latihan jiwa yang luar biasa supaya kita bersedia menanggung segala kesusahan serta pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup
Antara lain kelebihan PuasaSunat adalah dapat membantu meningkatkan kekuatan serta persediaan dalaman sebelum tibanya puasawajib di bulan Ramadhan
Jenis Bacaan / Lafaz Niat PuasaWajib Dan Sunat
Berikut adalah lafaz niat (bacaan rumi) puasawajib dan juga lafaz niat puasadalam bulan atau hari yang disunatkan berpuasa

BACAAN NIAT PUASA WAJIB

Niat PuasaWajib
Lafaz Niat PuasaRamadhan Yang Sempurna
“Sahaja aku berpuasa esok hari kerana menunaikan fardhu puasa Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala”
Lafaz Niat Puasa Ramadhan Ringkas
“Sahaja aku berpuasa esok hari pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala”
Lafaz Niat PuasaQadha’ Ramadhan
“Sahaja aku berpuasa esok hari kerana ganti daripada fardhu Ramadhan kerana Allah Taala”
Lafaz Niat Puasa Qadha’ Ramadhan beserta dengan niat PuasaEnam Syawal
“Sahaja aku berpuasa esok hari qadha’ fardhu Ramadhan beserta sunat Syawal kerana Allah Taala”

BACAAN NIAT PUASA SUNAT

Lafaz Niat PuasaNazar
“Sahaja aku berpuasa esok hari kerana menunaikan nazar fardhu kerana Allah Taala”
Lafaz Niat PuasaSunat Enam Syawal
“Sahaja aku berpuasa sunat esok hari dalam bulan Syawal kerana Allah Taala”
Lafaz Niat PuasaHari Isnin / Khamis
“Sahaja aku berpuasa sunat esok hari Isnin / Khamis kerana Allah Taala”
Lafaz Niat Puasa Sunat Bulan Sya’ban
“Sahaja aku berpuasa sunat esok hari dalam bulan Sya’ban kerana Allah Taala”
Lafaz Niat PuasaSunat Bulan Rejab
“Sahaja aku berpuasa sunat esok hari dalam bulan Rejab kerana Allah Taala”
Lafaz Niat PuasaSunat Hari Arafah (9 Zulhijjah)
“Sahaja aku berpuasa sunat esok hari Arafah kerana Allah Taala”
Lafaz Niat PuasaSunat Hari Tasu’a (9 Muharam)
“Sahaja aku berpuasa sunat esok hari Tasu’a kerana Allah Taala”
Lafaz Niat PuasaSunat Hari ‘Asyura’ (10 Muharam)
“Sahaja aku berpuasa sunat esok hari ‘Asyura’ kerana Allah Taala”

Sumber: mysumber

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...