Khalifah Uthmaniyah Membantu Ireland Semasa ‘Great Hunger’ 1845 ?! ((BACA SELENGKAPNYA))

great hunger

Khalifah Uthmaniyah Membantu Ireland Semasa ‘Great Hunger’ 1845 ?! ((BACA SELENGKAPNYA))

170 tahun lalu, ketika Ireland di landa kebuluran yang teruk, Kerajaan Khalifah Uthmaniyah telah menghantar £1,000 sterling (lebih kurang $1,052,000 pada harini) dan bersama tiga buah kapal yang penuh dengan makanan ke Drogheda, Ireland.

Ireland telah dilanda dengan kebuluran dan penyakit berjangkit yang sangat teruk pada tahun 1845 sehingga 1849. Kejadian yang juga dikenali dengan ‘Great Hunger’ itu berpanjangan sehingga telah menyebabkan sekurang-kurangnya satu juta orang kehilangan nyawa akibat dari kebuluran. Ketika itu juga, lebih sejuta orang penduduk Ireland telah membawa diri ke Amerika, England, Kanada dan Australia.

Kerajaan Khalifah Uthmaniyah pada ketika itu di bawah pemerintahan Sultan Abdul Majid pada mulanya mahu memberi sebanyak £10,000 sterling kepada petani-petani di Irelenad tetapi Permaisuri Victoria (Queen Victoria) meminta agar Sultan hanya menghantar £1,000 sterling kerana beliau (Permaisuri Victoria) sendiri telah menghantar £2,000 sterling.

Namun, Sultan Abdul Majid secara senyap telah menghantar tiga buah kapal yang penuh berisi dengan makanan beserta £1,000 sterling seperti yang di janjikan. Kerajaan British cuba menyekat ketiga-tiga kapal tersebut tetapi tidak berjaya di mana kapal-kapal tersebut telah selamat sampai ke perlabuhan Drogheda.

Drogheda_United_FC.svgPertolongan yang di berikan oleh Kerajaan Islam Uthmaniyah ini sangat penting dan sepatutnya di ingatkan kembali pada masa kini di mana umat Islam telah di tuduh dengan tuduhan-tuduhan yang tidak tepat.

Drogheda United F.C telah mengabdikan logo Kerajaan Khalifah Uthmaniyah pada logo kelab mereka atas ucapan terima kasih di atas bantuan dan sokongan yang telah di hulurkan. Logo tersebut masih lagi di gunakan sehingga sekarang oleh Drogheda United F.C

Sumber:

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...