SAYU !! Tangisan Pilu Suami Iringi Pemergian Isteri & Anak.. [5 GAMBAR]

SAYU !! Tangisan Pilu Suami Iringi Pemergian Isteri & Anak.. [5 GAMBAR]

Allahyarham Norzaimah Azizi, 29, dan bayinya, Eshan, berusia tujuh bulan yang tercampak ke cerun bukit berbatu di Taman Bukit Permai, Ampang, di sini, pagi tadi akibat kemalangan motosikal, selamat dikebumikan di dalam satu liang lahad, 8.30 malam tadi.

 

Dua beranak itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cheras Baru sambil diiringi suami Norzaimah, Mohamad Azmeer Alfaeidz Abd Aziz, 32, yang terselamat dalam kemalangan itu.
Tangisan Mohamad Azmeer yang berkerusi roda mengundang pilu dalam kalangan ahli keluarga dan kenalan yang hadir di tanah perkuburan berkenaan.
Terdahulu, 150 jemaah menunaikan solat jenazah di Masjid Nurussaadah, Kampung Cheras.
Dalam kejadian 9.30 pagi tadi, motosikal ditunggang Mohamad Azmeer terlanggar penghadang di bahu jalan ketika menuruni bukit dipercayai cuba mengelak kenderaan dari arah bertentangan.
Norzaimah yang membonceng motosikal dan mendukung Eshan, tercampak ke cerun bukit berbatu itu dan meninggal dunia akibat parah di kepala.

Search Terms:

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...