Wajibkah Seorang Anak Memberikan Nafkah Kepada Ibu Bapa?

Sending
User Review
0 (0 votes)

anak memberikan nafkah kepada ibu bapa

Wajibkah Seorang Anak Memberikan Nafkah Kepada Ibu Bapa?

Soalan:

Assalamualaikum Ustaz. Adakah hukum beri nafkah kepada ibu dan ayah itu wajib sebagai anak laki? Adakah nafkah itu mesti dalam bentuk keperluan asas (duit/pakaian lain2) atau boleh dalam bentuk lain? Saya tahu ayah dan ibu saya tiada masalah dengan duit. Malah, anak-anak lain pun ada memberi sedikit sumbangan kepada ayah dan ibu. Jadi selama ini, saya bagi dalam bentuk lain. Contohnya, saya belikan ayah dan ibu sebuah kereta yang selesa untuk kegunaan mereka. Setiap bulan saya akan bayar duit kereta kepada bank..

Soalan saya, adakah saya telah di kira menunaikan tanggungjawab memberi nafkah kepada ayah dan ibu saya? Atau saya tetap juga kena bagi wang tunai walaupun sedikit?

Mohon pencerahan daripada Ustaz. Terima kasih.

Wajibkah Seorang Anak Memberikan Nafkah Kepada Ibu Bapa?

Jawapan:

Bismillah. Nafkah kepada ibu/bapa menjadi wajib ke atas anak jika ada dua syarat:

Ibu/bapa miskin (memerlukan saraan)
Anak mampu/berada
Jika ibu/bapa kaya (berada, tidak memerlukan saraan dari orang lain), tidaklah wajib anak memberi nafkah kepada mereka. Begitu juga, jika anak miskin tidaklah dia diwajibkan memberi nafkah kepada mereka kerana seseorang tidak di bebani oleh Syarak dengan sesuatu di luar kemampuannya.

Wajibkah Seorang Anak Memberikan Nafkah Kepada Ibu Bapa?

Sekalipun tidak wajib dinafkahi kerana mereka kaya (berada), namun jika anak ingin menafkahi/menyarai mereka atas dasar sukarela kerana ingin berbakti kepada mereka, itu adalah langkah yang baik dan di galakkan oleh Syarak kerana ia termasuk dalam pengertian Birru walidain (berbuat baik dan berbakti kepada dua ibu-bapa) yang disuruh oleh al-Quran dan hadis.

Bagi ibu/bapa yang wajib dinafkahi, ukuran nafkah ialah al-kifayah (yakni kadar yang mencukupi keperluan mereka). Ia merangkumi makanan asasi, lauk, pakaian, tempat tinggal, rawatan/ubatan dan sebagainya yang diperlukan.

Wajibkah Seorang Anak Memberikan Nafkah Kepada Ibu Bapa?

Rujukan:
Soal jawab agama bersama Ust Ahmad Adnan Fadzil Penasihat Akademik Maahad Darul Faizin. Ilmudanulamak. blogspot. com.

Al-Fiqh as-Syafiie al-Muyassar, Syeikh Sayyid bin ‘Abdillah at-Tidi, 211-212.
Hasyiyah al-Baijuri, 2/191.
Wallahu a’lam
Jafri Abu Bakar Mahmoodi
Maahad Darul Faizin

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...